Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Mendapatkan program affiliate dengan komisyen yang tinggi

Sememangnya untuk mendapatkan program affiliate Malaysia terbaik dengan nilai komisyen yang tinggi adalah sukar ditemui, sebenarnya ramai usahawan internet yang berjaya dengan perniagaan affiliate. Sebagai contoh, anda boleh lihat kejayaan terhadap mereka yang menyertai hyprobulksms. Penulisan ini untuk pelbagai jenis program affiliate, saya bukan hanya mempromosi hyprobulksms.

Tips mendapatkan affiliate dengan nilai komisyen yang tinggi mengikut pandangan saya adalah seperti berikut:

Membuat kajian dan analisis dengan mengukur saingan kejayaan untuk menentukan pilihan program affiliate terbaik;

Sebelum melibatkan diri dengan affiliate, kita biasanya akan mempelajari segala tips, kaedah, dan teknik pemasaran affiliate terlebih dahulu. Biasanya kita mempelajari dari forum usahawan internet, forum pemasaran online dan juga blog usahawan internet. Anda mempelajari dari apa sahaja sumber yang terdapat ramai usahawan internet yang sudah berjaya. Anda lihat saja pada blog saya yang tidak seberapa ini, saya menyediakan tips serta teknik pemasaran affiliate untuk program hyprobulksms. Anda menganalisis dengan melihat website bagaimana strategi pemasaran affiliate tersebut? Apa niche yang dipilih dengan melihat link affiliate mereka yang terdapat di website mereka?

Mengetahui kekuatan jenama program affiliate tersebut;

Biasanya kemunculan program affiliate baru itu belum mempunyai pasaran yang luas, ini kerana program affiliate tersebut belum dikenali secara meluas. Ada juga program affiliate baru yang muncul adalah dari program affiliate yang sudah dikenali sebelumnya. Boleh jadi program tersebut versi terbaru atau ianya program yang lain sama sekali, tetapi dikeluarkan oleh individu atau usahawan internet yang sudah dikenali. Biasanya program baru seperti ini akan terdapat dalam forum usahawan internet. Sebagai contoh lihat sahaja forum usahawan internet Malaysia, berapa banyak muka usahawan internet yang sama menghasilkan ebook dan program affiliate berbeza. Inilah yang dikatakan kekuatan jenama program affiliate.

Biasanya program affiliate seperti ini memerlukan bukti kejayaan program affiliate tersebut terhadap menghasilkan faedah, keuntungan dan kejayaan kepada pengguna yang membelinya. Jika betul program affiliate mereka ini berguna, maka program affiliate yang seterusnya juga berkemungkinan besar adalah berguna dan bakal memberikan keuntungan kepada anda sebagai usahawan internet yang memilih program affiliate tersebut. Dan begitulah sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, program affiliate hyprobulksms telah membuktikan bahawa ianya menghasilkan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menyertainya dari mula-mula ianya muncul sampai ke hari ini.

Membuat analisis lokasi pemasaran affiliate dari website pesaing;

Setiap usahawan internet yang menyertai program affiliate boleh dipastikan sama ada mereka mempunyai laman web atau blog sebagai landing page untuk melakukan promosi jualan. Teknik pemasaran affiliate ini digunakan untuk menentukan tempat meletakkan link refferal affiliate anda, dan tempat yang sesuai adalah yang mudah dilihat oleh pengunjung. Anda harus sedar yang pengunjung yang mengunjungi laman web atau blog anda itu hanya bertujuan mencari maklumat yang mereka inginkan sahaja. Mereka bukan tertarik untuk mencari di manakah anda menyorokkan link affiliate anda, maka dengan itu link affiliate anda mestilah terletak di bahagian yang mudah dilihat dan menarik perhatian mata pengunjung.

Membuat jangkaan nilai keuntungan komisyen;

Katakan anda mendapat banyak tawaran affiliate, ada yang menawarkan RM40 untuk setiap jualan contohnya. Ada juga yang menawarkan RM100 untuk setiap jualan. Jangkaan anda melibatkan had masa, katakan anda target RM1000 untuk jangkaan pengumpulan komisyen dalam sebulan untuk satu program affiliate yang anda pilih. Maka dengan itu anda perlu melakukan jualan sebanyak 25 jualan dan 10 jualan, mesti dilakukan dalam sebulan. Jika memilih hyprobulksms, anda memerlukan bermula dari 4 jualan atau 1 jualan untuk target dalam jangka masa sama. Untuk pengetahuan anda, tahap kesukaran dan tahap usaha untuk melakukan promosi anda biasanya hampir sama tidak kira apa sahaja program affiliate yang anda pilih. Adalah mudah untuk memilih affiliate yang betul, namun semuanya bergantung kepada anda.

Fokus pada penyampaian maklumat;

Anda boleh menyediakan beberapa penulisan artikel atau review yang memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang produk affiliate yang anda pilih untuk membuatkan sesiapa yang membacanya lebih percaya dan berkeyakinan untuk membeli produk tersebut hanya dengan anda, memastikan mereka tidak membeli produk yang sama selain dengan anda. Lihat sahaja cara saya mempromosi hyprobulksms dalam blog ini sebagai contoh pemahaman anda.

Sekian sahaja tips affiliate dari saya, semoga ianya berguna untuk anda. Terima kasih.

5 ulasan:

Freak Tips said...

memerlukan penelitian dan kemfaham mendalam dan kemahiran yang khusus untuk berjualan dalam bidang affiliate ini. Diantara seperti mana yang tuan sebutkan di atas.

Siti Mel said...

Produk keluaran tempatan memberi pulangan yang agak lumayan sekarang, banyak pilihan dan hampir semuanya berkualiti, bukan sembarangan produk..

izuddin said...

Produk affiliate ni kena pandai pilih produk jugak.. Kalau boleh carik komisyen atas RM50 memang masyuk! hehe

hanif said...

Sekarang sudah ramai pemilik produk memberi komisyen yang tinggi kepada affiliater dan siap ade pertandingan dapat hadiah yang lumayan lagi...

hubtips said...

Biasanya ramai yg berminat dengan produk komisyen tinggi...tp kena pastikan produk tersebut benar2 berkualiti setimpal dgn harga..

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini