Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Membuat kajian pada niche market

Kebelakangan ini sering kali saya menulis beberapa artikel berkaitan pemasaran affiliate di dalam blog program hyprobulksms ini. Sering kali juga saya mengutarakan istilah "niche" dalam pemasaran internet yang juga ditulis di dalam beberapa artikel. Dalam perniagaan online atau apa-apa sahaja perniagaan, semuanya ada niche yang tersendiri. Suatu yang saling berkaitan antara pemasaran affiliate adalah niche market atau disebut juga sebagai fokus pasaran yang lebih tertumpu kepada aspek keperluan menggunakan produk atau perkhidmatan yang mana keadaan ini tidak disediakan oleh peniaga utama yang biasa. Ia juga dapat disifatkan untuk pecahan pasaran yang terpencil yang terkeluar dari pasaran asal yang lebih luas untuk membuatkan niche market mempunyai pelanggan yang amat berpotensi secara keseluruhannya. Sebagai usahawan internet yang memilih affiliate perlu mengetahui dan mengambil kesempatan untuk bersaing dalam niche market sebelum memulakan perniagaan online atau perniagaan offline.

Kajian yang dibuat pada niche market biasanya adalah satu fokus untuk mencari jenis pasaran yang sesuai untuk affiliate dengan mensasarkan kepada golongan tertentu yang mahukan produk-produk dalam niche market atau perkhidmatan tersebut.

Dalam teknik pemasaran affiliate, niche market yang kita pilih mestilah fokus kepada apa sahaja yang berkaitan dalam jenis pasaran tersebut. Saya berikan contoh mudah untuk sama-sama kita dapat memahami bagaimana niche market memainkan peranannya yang amat penting dalam perniagaan affiliate, contohnya eHyprobulksms.

Sistem hyprobulksms adalah sebuah sistem yang membenarkan proses penghantaran SMS pukal. Semua orang tahu yang satu-satunya alat atau gadget berkaitan SMS biasanya adalah dengan menggunakan telefon bimbit. Anda hanya perlu memfokuskan kepada pengguna-pengguna yang menggunakan SMS dalam aspek kehidupan mereka, tetapi anda perlu sedar dan faham bahawa pasaran tersebut masih lagi luas. Anda harus mengecilkan ruang pasaran tersebut sedikit lagi dengan melebihkan kajian niche pada memfokus pasaran niche atau niche market anda.

Bila anda melakukan lebih fokus pada niche market dengan kaedah yang betul, berkemungkinan besar anda akan berhasil untuk mengenalpasti golongan pengguna yang mahukan atau akan menggunakan produk atau perkhidmatan anda tersebut.

Contoh pada niche market ini adalah hyprobulksms atau sistem penghantaran SMS pukal, dengan kajian pasaran yang dijalankan akan menyababkan anda dapat mengenali bahawa terdapat golongan yang mahu menggunakan SMS murah, SMS pukal dan penghantaran SMS dapat dilakukan walaupun pengguna tidak menggunakan telefon bimbit. Bila sebut sahaja SMS tentu ada juga yang mencari SMS bergambar atau MMS secara pukal dan murah, gunakan kelebihan ini sekali lagi untuk mencari, memfokus dan mengecilkan ruang niche market anda.

Contoh di atas hanyalah penerangan kajian pasaran niche untuk program hyprobulksms secara kasar. Anda boleh melakukannya untuk mencari niche anda sendiri dan memilih program affiliate yang anda mahukan. Setelah semua itu diatasi, asalkan anda melakukan teknik pemasaran affiliate dengan kaedah pemasaran yang betul sudah tentu ianya akan memberikan keuntungan pada margin yang besar kepada anda.

Sentiasa meluangkan masa untuk melakukan kajian terhadap niche market pasti membawa anda ke tahap yang lebih baik dari usahawan lain yang berlegar-legar dalam pasaran atau niche yang sama dengan anda. Kedudukkan anda akan menjadi lebih baik dari mereka yang tidak mempunyai senarai email yang banyak dan mereka yang kurang fokus pada pasaran seterusnya menyebabkan persaingan anda menjadi kurang kerana mereka di dalam pasaran niche yang kurang penting dan masih luas.

Walaubagaimanapun, pemilihan niche market yang betul adalah bukan segalanya dalam menjalankan sebarang jenis perniagaan, banyak lagi keperluan dan kemahiran lain dalam teknik dan kaedah pemasaran yang anda perlukan untuk menemui kejayaan dalam affiliate atau apa sahaja perniagaan anda. Semoga entri ini dapat memberi faedah kepada anda, salam hormat. Jumpa lagi pada entri akan datang dengan kupasan yang lebih menarik. Terima kasih kerana membaca blog saya ini.

5 ulasan:

Freak Tips said...

saya baru dalam pembabitan IM ini, namun pada penglihatan saya, pemilihan dan kajian amat penting dalam menentukan kesan sesebuah perniagaan yang diceburi.

izuddin said...

Ye betul tu.. niche sangat penting. Lagi best kalau dapat niche yg tiadak akan tepu.. macm niche perkahwinan n kesihatan wanita.. betul tak?? hehe

Find Out What said...

kalau kaji & dapat cari niche yg btol2 ramai customer tapi sket competitor memang best..

TipsFind said...

Assalam...

Terima kasih atas perkongsian, sememangnya tidak dapat dinafikan niche research adalah penting sebelum membuat sebarang site.

nazerin said...

perkongsian yg menarik...
saya bru je membabitkan diri dlm bidang nie...

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini