Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Gagal menjual dengan affiliate? Mengapa?

Sebagai seorang usahawan internet yang menjadi affiliate terhadap HyProBulkSMS, perkhidmatan, produk atau apa sahaja program perniagaan, tugas anda hanya berlandaskan pada satu tujuan iaitu memasarkan produk atau perkhidmatan daripada program affiliate anda. Bagaimanapun, anda tidak perlu melakukan aktiviti jualan yang berlebih-lebih sangat. Pada pandangan peribadi saya, anda semua tidak perlu sangat nak bersusah payah dalam menjalankan pemasaran affiliate sehingga kelihatan macam seorang selesman yang tahunya untuk membuat jualan seperti cara buat duit mudah itu adalah segala-galanya tanpa memberikan perhatian kepada komitmen lain yang sepatutnya dijadikan panduan dan tips buat duit di internet semasa menjalankan program affiliate seperti hyprobulksms atau apa sahaja program perniagaan yang berkongsepkan affiliate.

Penjelasannya amat mudah untuk memahami komitmen lain yang diperlukan tersebut, begini. Memang benar saya ada mengatakan yang tugas utama anda sebagai usahawan affiliate adalah melakukan penjualan secara affiliate, tetapi anda tidak patut kalau memikirkan dan mengusahakan perbuatan atau aktiviti penjualan sahaja. Sepatutnya perlu ada komitmen utama yang lain-lain seperti berkebolehan untuk memberikan informasi yang sepatutnya pengguna atau pembeli perlu tahu. Dengan mempamerkan komitmen seperti ini, prospek atau pembeli anda akan mengetahui mengenai segala hal atau maklumat yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan atau program affiliate yang anda pasarkan kepada mereka.

Contoh jelas di sini adalah diri saya hehehe..., saya adalah usahawan internet yang mahu jana pendapatan online melalui program affiliate hyprobulksms. Saya juga melakukan tindakan pertama dengan menyampaikan maklumat berkaitan sistem hyprobulksms serta plan pemasaran ehyprobulksms kepada para prospek saya sebelum mengajak mereka untuk membeli hyprobulksms dan seterusnya jualan berjaya dilakukan. Saya bukan memuji diri sendiri atau mahu menyombong jauh sekali. Ini juga adalah teknik pemasaran affiliate yang boleh diaplikasikan dalam affiliate perniagaan online atau perniagaan biasa. Jika anda dapat menguasai teknik ini, anda pasti merasa kejayaan yang anda mahukan dalam program affiliate, seperti saya. Itulah sebabnya saya mendapat ramai pembeli. Tetapi...

Bagaimanakah cara menggunakan teknik pemasaran affiliate seperti ini?

Seperti entri blog yang saya tulis sebelum ini iaitu keuntungan membuat blog. Ia dapat menyampaikan maklumat dengan menggunakan blog perniagaan adalah kaedah pemasaran affiliate yang amat baik sekali. Teknik pemasaran cara lain anda juga boleh membuat atau memberikan ebook yang didalamnya ada maklumat affiliate beserta link anda secara percuma kepada pengunjung, seterusnya mereka mungkin menjadi prospek anda. Teknik pemasaran Facebook atau kepada apa-apa sahaja akaun jaringan sosial atau social network amat sesuai digunakan sebagai medium pemasaran percuma sebagai permulaan anda untuk menjalankan atau mempromosi affiliate.

Setelah anda telah memberikan segala informosi tentang apa yang anda mahu jual, sila setkan satu komitmen baru sebagai solusi mengenai affilite yang anda pasarkan, sudah tentu berkaitan produk atau perkhidmatan mengikut keperluan pengguna dan pembeli.

Tentu ada pengguna atau pembeli dari program affiliate, produk atau perkhidmatan yang anda pasarkan tersebut memerlukan panduan dan tips perniagaan yang asas. Sila beri panduan asas perniagaan tersebut untuk menunjukkan komitmen anda kepada mereka. Ini boleh dilakukan dalam perniagaan affiliate secara perniagaan online atau perniagaan offline. Jangan sesekali anda memberikan panduan asas yang tidak berkaitan dengan affiliate anda. Contohnya kalau pembeli memerlukan kit permulaan perniagaan, jangan pula anda berikan panduan buat ebook kepada mereka, lansung tidak ada kaitan!, dan itu sebenarnya tidak menguntungkan kepada kedua belah pihak. Fikir-fikirkanlah komitmen ini. Jika mereka memerlukan pembelajaran perniagaan yang menyeluruh daripada anda secara bertahap, anda sudah mempunyai pilihan untuk mengenakan bayaran pada tidakan susulan anda untuk membantu mereka, juga dikenali sebagai coaching business.

Komitmen lain selain hanya melakukan jualan semata-mata seterusnya adalah memberi perhatian kepada calon pembeli atau prospek malahan kepada pembeli anda juga dengan melayan mereka seperti rakan anda sebaik yang boleh. Dengan komitmen seperti ini, anda akan berusaha untuk memberikan informasi yang jujur dan terbaik bagi mereka. Walaupun dari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan sebagai solusi tersebut terdapat beberapa kekurangan, anda perlu menjelaskannya juga kepada mereka.

Komitmen ini pasti tidak memberikan masalah atau kerugian kepada anda. Saya yakin yang prospek atau bakal pembeli anda akan selesa dengan anda, dan mereka pasti akan lebih menghargai anda. Ini kerana satu sebab di mana tidak ada suatu yang sempurna tanpa satu kekurangan dan kelemahan sama sekali. Benar atau tidak? Hehehe... saya sendiri terus menjana keuntungan dari komitmen ini sampai sekarang.

Bila anda merasakan perlu untuk membuat atau menulis review mengenai produk program affiliate, saya amat menyarankan anda supaya cuba membuat review mengikut pendapat dan cetusan idea anda sendiri. Komitmen ini akan menjadikan kandungan review anda itu lebih kelihatan unik dan bermutu kerana ia juga mewakili pengalaman anda sama ada anda sudah menggunakan atau tidak menggunakan produk atau perkhidmatan affiliate yang anda promosi tersebut secara pengalaman peribadi. Ini lebih baik daripada meniru review orang lain walaupun affiliate mereka itu sama dengan anda. Teknik penulisan review seumpama ini telah saya uji dan gunakan sendiri sehingga sekarang, saya juga menggunakan teknik yang sama untuk menulis review produk hyprobulksms yang saya pasarkan. Anda boleh melihatnya sendiri pada page-page yang saya sediakan dalam blog Hyprobulksms Affiliate Program Review yang anda sedang baca ini.

Semasa anda menulis review, cuba bayangkan anda menuliskannya untuk orang yang rapat dengan anda, seperti saudara atau teman anda misalnya. Sehingga anda akan menuliskan tentang kelebihan dan kekurangannya suatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tersebut secara jujur. Anda cukup sekadar menulis review dengan bahasa percakapan harian yang lebih santai tetapi profesional tanpa perlu pakai bahasa berbunga-bunga yang boleh mendatangkan kekeliruan. Sebab itu akan lebih mudah difahami pembaca dan akan membantu mereka dalam membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pembelian atau tidak.

Malangnya senario usahawan internet Malaysia sekarang sudah berbeza pula. Komitmen ini sering ditinggalkan oleh segelintir usahawan internet yang tamak. Mereka tidak cekap melakukan jualan sendiri, akhirnya mencari makan dengan mencipta produk informasi atau ebook dan kemudiannya melancarkan produk mereka dengan surat jualan yang killer, tetapi menyerahkan hal-hal promosi kepada para agen affiliate mereka yang sependapat menerima surat jualan killer semestinya produk affiliate tersebut hampir tiada kelemahan. Review mereka adalah cuma mencerita yang baik-baik belaka, akhirnya pengguna juga yang tertipu. Awas! anda boleh jumpa para usahawan internet ini berlambak berada di Facebook atau di forum usahawan internet, yang sering bersama kroni-kroni mereka yang berlumba-lumba menghasilkan jualan affiliate. Terpulang untuk anda menilainya sendiri. Mereka berlumba-lumba memperdayakan pembeli dan itu menjadi kebanggaan mereka untuk melancarkan produk informasi baru lagi.

Tetapi dengan program affiliate hyprobulksms semua ini kurang berlaku atau mungkin tidak berlaku. Ini kerana segala kebaikan mengenai produk dan plan pemasaran adalah lengkap dan tidak berselindung disebalik fakta. Kadar kerugian adalah kecil, itu pun kalau tidak melakukan walaupun satu jualan pada pakej hyprobulksms yang dibeli tersebut. Produk hyprobulks yang merupakan ONLINE SMS BULK tidak menjanjikan dapat membuatkan anda menjadi kaya, tetapi ia adalah produk keperluan walaupun ianya tidak berapa penting dalam aspek kehidupan kita, tetapi boleh digunakan seumur hidup kita jika kita membelinya. Itu nampaknya berbaloi. Jika mahu kekayaan, sila jalankan plan pemasaran hyprobulksms! kerana dengan pembelian pakej hyprobulksms diri anda akan menyertai program affiliate, affiliate itu adalah perniagaan anda. Anda kaya kerana perniagaan anda dan usaha yang anda lakukan! Itu sahaja. Jelas bukan?

Satu perenggan di atas ayat ini sebenarnya satu penulisan review jika anda perhatikan betul-betul. Saya hanya menggunakannya sebagai contoh hehehe. Jelas saya membiarkan pembaca sendiri yang menilai keputusan mereka sama ada mahu membeli dan menyertai hyprobulksms atau tidak.

Sekian sahaja perkongsian saya mengenai ilmu pemasaran yang tidak seberapa ini. Diharap kita bertemu lagi dengan perkongsian baru yang lebih menarik. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.

4 ulasan:

Freak Tips said...

salah cara dan langkah membuat ramai orang mengambil langkah untuk terus tidak mencuba beraffiliate. dalam pemasaran yang penting adalah promosi, dalam promosi yang penting adlah kekerapan, dan dalam kekerapan itu yang penting ada komitment..

Kebanyakkan mereka yang telah merasakan kejayaan itu adlah mereka yang terus berjalan kearah kejayaan.

Mungkin yang mengalah itu kerna belum merasakan kejayaan atau mereka melakukan dengan cara yang salah.

hanif said...

Paling berkesan mendapat jualan melalui affiliate ialah dengan mempunyai email list yang berkualiti

Sarah said...

Affiliate mmg bukan senang nak buat...

- http://dreamvacationlife.blogspot.com

nojhere said...

Penah gak cuba wat affiliate...tp cm tk paham jer..hehe

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini