Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Membina link dengan kata kunci domain affiliate

Membina link dalam kata kunci nama domain berkaitan program affiliate,

Hal ini adalah yang paling utama dalam pembangunan SEO (search engine optimization) yang akan memberi keuntungan dan kelebihan kepada anda. Sekarang ini Google akan hanya memberi keutamaan algoritma pada penggunaan kata kunci nama domain yang tepat dan strategi untuk teknik pemasaran affiliate pada media sosial untuk menarik traffik ke link anda (link baiting). Teknik affiliate ini adalah untuk membina link ekuiti dan kepercayaan traffik pada nama domain itu sendiri dan kemudian akan berlaku pembukaan traffik pengunjung untuk frasa carian pada kata kunci yang dipilih, dan ini akan memberi kelebihan. Saya akan memberikan contoh ini kepada anda, lihat saja blog ini. Nama domain blog ini adalah gabungan daripada 2 kata kunci yang berbeza iaitu "hyprobulksms" dan "affiliate review" dan saya pula memilih program affiliate hyprobulksms sebagai program affiliate saya, jadi penggunaan kata kuci yang saya gunakan memang padan dan amat sesuai sekali. Saya harap anda dapat memahami perkara ini.

Untuk teknik affiliate jenis ini, saya sarankan anda supaya mencari jenis kata kunci yang benar-benar berpadanan dengan program affiliate anda kerana ini adalah satu pelaburan anda. Saya beranggapan sedemikian kerana mungkin sahaja frasa kata kunci yang anda pilih itu sudah pun dimiliki oleh individu lain dan ianya sudah menarik bilangan traffik yang tersendiri. Cara yang terbaik adalah memilih gabungan kata kunci lain yang berpotensi yang saling berkaitan atau paling hampir dengan kata kunci program affiliate pilihan anda.

Teknik yang seterusnya adalah dengan menyertai media sosial, dengan penggunaan strategi penyampaian isi kandungan yang nampak ramah kepada pengguna media sosial adalah suatu yang amat penting. Jadi, sementara anda sudah mempunyai laman web atau blog affiliate yang kelihatan profesional untuk menjalankan program affiliate anda yang berkaitan dan sesuai, contoh seperti program affiliate Malaysia iaitu "hyprobulksms" dan nama domainnya "hyprobulksms review". Untuk tujuan ini, laman web atau blog affiliate anda haruslah mengandungi fungsi bookmark untuk segala isi kandungan yang berkaitan dengan program affiliate pada laman web atau blog anda. Dengan ini apa yang anda akan dapat adalah lebih daripada sekadar menarik traffik secara lansung (direct traffic), kerana anda akan membina link dengan potensi yang sepenuhnya dengan menggunakan nama domain affiliate anda untuk mendapat keutamaan dari sudut pandangan enjin carian, khususnya Google.

Untuk melaksanakan teknik pemasaran affiliate ini, anda mestilah sedar bahawa strategi membuat isi kandungan yang berkaitan program affiliate tersebut adalah sama kepentingaannya dengan nama domain anda. Semua strategi ini mesti ditujukan dengan tepat sekali kepada apa yang pengguna internet inginkan dalam pencarian mereka pada apa jua enjin carian terutamanya Google. Saya ingin sekali lagi memberikan contoh untuk pemahaman anda semua. Untuk blog saya ini biasanya pengguna mahu mencari maklumat tentang "teknik pemasaran affiliate" dan saya berpeluang mendapat traffik pengunjung walaupun asasnya blog saya menceritakan tentang program hyprobulksms, dan jika ada pengunjung yang mahu mengetahui maklumat tentang hyprobulksms, contohnya "hyprobulksms haram" mereka juga akan berpontensi besar ke blog saya. Ini semua kerana blog saya ini sudah mendapatkan SERP (search engine ranking position) yang amat baik sekali iaitu tempat pertama dan kedua biasanya untuk kedua kata kunci tersebut. Ianya berlaku seperti ini kerana pembinaan isi kandungan blog saya yang berkaitan affiliate ini dapat diserasikan, contohnya program hyprobulksms adalah sebuah program affiliate, isi kandungan saya akan menceritakan mengenai program ini dan juga teknik pemasaran affiliate yang saling berkait antara satu sama lain.

Laman media sosial pula seakan sebuah laman berita, adalah baik jika anda membuat kiriman (posting) yang menceritakan isi kandungan anda secara kasar dan tidak bersifat terlalu keseluruhan. Kiriman biasanya dengan sumber yang lebih kepada bayangan kasar untuk menyelesaikan sesuatu yang dicari oleh pengguna internet dan isi kadungan penuh tersebut mestilah ada pada blog atau laman web affiliate anda. Sebagai contoh sekali lagi saya gunakan program affiliate hyprobulksms. Sekarang saya mempromosi sebuah blog affiliate berkaitan program hyprobulksms, saya perlu untuk menjalankan promosi dengan kandungan berkaitan kewangan dan masalah kehidupan yang memberi bayangan dengan tepat bagaimana untuk orang boleh mendapatkan lebih untuk wang mereka, menguatkan penceritaan kaedah yang lebih baik untuk cara buat duit mudah yang boleh membuka minda pengguna internet supaya mereka sedar sekurang-kurangnya mereka dapat mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya dengan program affiliate. Saya akan menceritakan dalam pelbagai aspek untuk mempelbagaikan isi kandungan laman web atau blog untuk memastikan variasi yang sempurna dapat diaplikasikan dalam teknik pemasaran affiliate yang mengoptimumkan penggunaan kata kunci. Semua ini hanya sebagai contoh teknik yang saya gunakan semasa menjalankan program affiliate, mungkin ianya sesuai untuk kegunaan anda juga.

Jumpa lagi untuk entri yang akan datang, terima kasih.

4 ulasan:

amry said...

memang mantap la bro blog sedara ni...saya dok terkial2 lagi ni bab blog..aduhaiii

sharemalaysia said...

@amry,
Blog bro amry rasanya lebih mantap, gaya penulisan yang santai.

Anonymous said...

mcmn pula klu org yg xtahu menahu tentg blog nak join bisnes yg memerlukan kpd kemahiran tsebut? ble berjaya kah?

sharemalaysia said...

Kejayaan adalah abstract, lain orang lain tahapnya. Dah ramai yang berjaya dalam hyprobulksms menggunakan teknik pemasaran offline (tanpa internet) kerana kurang mahir dengan IT. Saudara juga ada kebolehan yang sama bukan?

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini