Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Kaedah pemasaran perniagaan yang berkesan

Salam sejahtera kepada anda semua yang sudi berkunjung ke blog perniagaan saya ini, Hyprobulksms Affiliate Program Review. Seperti biasa, melalui medium blog ini saya akan membongkarkan satu lagi rahsia perniagaan yang jarang-jarang mendapat pendedahan khusus dalam dunia perniagaan online dan juga perniagaan offline. Perniagaan tersebut boleh jadi program affiliate, Multi-level Marketing dan juga perniagaan berteraskan networking. Skop untuk topik ini sememangnya luas, saya tidak memfokuskan hanya untuk perniagaan "program affiliate hyprobulksms" sahaja!. Sebenarnya semua perniagaan mempunyai skop yang memfokuskan kepada kaedah teknik promosi online, iaitu melakukankan proses pemasaran (marketing).

Ramai orang dengan sekadar suka-suka telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan yang mereka pilih sekadar mencuba-cuba nasib mereka. Mereka menceburi perniagaan offline, perniagaan online, program affiliate, program networking, MLM dan apa sahaja model perniagaan. Mereka mencuba secara berperingkat, satu persatu mereka ceburi. Jika mereka merasakan mereka akan atau telah gagal, mereka akan mencuba nasib dengan beralih dari satu perniagaan ke perniagaan yang lain. Tidak ada ketetapan khas bagi mereka! Ironiknya setiap masa ada sahaja perniagaan atau program yang baru telah muncul. Golongan seperti mereka akan menyertainya lebih awal dari kita, dan setiap kali itu mereka akan muncul dari kalangan masyarakat dengan memperkenalkan "Awak join perniagaan ini, perniagaan ini yang terbaik yang saya pernah jumpa! Tinggalkan saja perniagaan lama awak!". Inilah contoh perketaan yang sering kedengaran setelah mereka menyertai perniagaan baru. Mereka seperti tidak tetap pendirian, semoga anda semua yang mengunjungi blog saya ini adalah bukan dari golongan tersebut!.

Golongan ini kalau anda semua nak tahu, mereka sering menggangap mereka telah gagal menemui cara buat duit mudah dengan perniagaan yang telah mereka ceburi. Mereka tidak berjaya untuk jana pendapatan online seperti yang mereka impikan!. Mereka sering terperangkap bahawa perniagaan mereka yang sebelum ini adalah pilihan mereka yang kurang tepat atau penipu, scam dan sebagainya yang buruk-buruk belaka. Tetapi yang nyata sama sekali mereka sebenarnya sering terlepas pandang dengan beberapa fakta sahih tentang perniagaan tersebut. Mereka tidak sedar bahawasanya terdapat orang lain yang telah berjaya sehingga menjadi kaya sedangkan sebelum ini mereka menjalankan perniagaan yang sama. Ini jelas membuktikan bahawa perniagaan yang mereka sertai sebelum ini bukan kurang baik, penipu dan scam. Salahnya kerana mereka masih tidak lagi mencapai usaha yang sepatutnya mereka lakukan semasa menjalankan promosi. Kalau ini terjadi, mereka sebenarnya kerugian masa, duit dan tenaga.

Memang kita semua tahu kepentingannya, kita perlu memilih sebuah perniagaan yang tebaik dan benar-benar dapat memberi keyakinan untuk kita menyertainya. Tetapi dalam dunia perniagaan internet yang menjalankan program affiliate, kita sepatutnya perlu sedar sebenarnya pengetahuan kita tentang latar belakang suatu perniagaan, lokasi bangunan syarikat, siapa pengarah syarikat, usia syarikat dan lain-lain adalah kurang penting. Sebenarnya isu halal dan haram itu yang patut diberi perhatian. Contohnya kita telah memberi perhatian melalui penyelidikan sama ada hyprobulksms haram, hyprobulksms penipu atau sebaliknya. Pengetahuan ini sebenarnya yang memberi faedah kepada kita dan kita akan boleh menjana wang.

Pengetahuan yang benar-benar anda perlukan dan memberi faedah dalam cara buat duit mudah untuk memastikan kita berjaya jana pendapatan online ialah pengetahuan kita dalam menjalankan promosi kepada plan pemasaran pada perniagaan yang kita ceburi.

Untuk memastikan supaya anda dapat jana pendapatan online seperti yang anda impikan, saya senang sekali lagi untuk memberi sedikit panduan dan tips buat duit internet kepada anda sekalian.

Untuk kali ini saya mahu mendedahkan kepada anda mengenai kaedah teknik promosi online yang sememangnya akan terbukti berkesan untuk anda.

  • Teknik membuat blog, sememangnya membuat anda akan mendapat faedah keuntungan membuat blog untuk apa sahaja perniagaan internet, program affiliate, niche marketing dan sebagainya.
  • Mempromosikan perniagaan anda dengan Facebook kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook untuk berhubung sesama mereka, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan anda. Anda sepatutnya menyedari teknik pemasaran Facebook adalah satu teknik yang mudah dan percuma. Anda juga boleh meluaskan skop dengan pengiklanan berbayar melalui Facebook jika anda mahu, dimana ia akan menyiarkan iklan perniagaan anda mengikut target pelanggan seperti yang anda tetapkan. Kuasa pemasaran ini amat besar impaknya kepada anda. Tidak salah untuk mencuba!
  • Teknik pemasaran kempen email, gunakan apa sahaja auto-responder yang anda rasakan sesuai untuk menghantar follow-up email kepada para prospek anda. Ini amat sesuai dengan konsep program affiliate, semua perniagaan internet, niche marketing dan sebagainya. Program affiliate Malaysia yang terbaik juga menggunakan teknik kempen email untuk memasarkan produk hyprobulksms.
  • Teknik promosi video, sila gunakan video yang orang suka dan terkenal untuk mempromosi perniagaan internet yang anda ceburi, ianya tidak tertakluk dengan isi perniagaan anda sahaja. Sila gunakan apa sahaja video yang anda rasakan terkenal untuk menjalankan promosi. Contohnya anda juga boleh melihat link promosi program affiliate hyprobulksms semasa menyaksikan video lawak di Youtube.

Bagaimanapun, segala teknik yang saya senaraikan di atas sebenarnya amat sukar diaplikasikan oleh anda sekiranya anda tidak tahu cara-cara membuat laman web (website) ataupun blog anda sendiri untuk meletakkan segala maklumat perniagaan anda. Jika anda tiada website, bagaimana anda mahu memandu pengunjung, pembaca dan juga penonton anda untuk melihat apa yang anda promosikan?

Fikir-fikirkan dulu pembelajaran ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Terima kasih.

3 ulasan:

Mama Murai said...

salam pada saya, mentaliti kita cuma satu, iaitu mengharapkan keuntungan tanpa melaburkan wang yg byk atau kerja yg bertimbun.. ini kelemahan utama org kita... sebab itu ramai yg terperangkap dalam skim cpt kaya. mereka malas membuat promosi dan hanya mengharapkan satu sistem yg bekerja utk mereka.. "sambil duduk duit masuk dalam akaun". pasal teknik, kebykan teknik diatas mengajar terlalu umum dan lebih bersifat spam yg mana mgkn mempengaruhi mood pembaca, seharusnya teknik spam secara memujuk dipraktikkan secara halus.

sharemalaysia said...

@Mama Murai,

TQ kerana sudi memberi pandangan,.

Teknik pemasaran sebenarnya adalah pemangkin daripada satu usaha yang dilakukan dalam cabang promosi. Hanya promosi yang boleh membawa penukaran kepada yang sekadar melihat menjadi penggemar dan seterusnya menjadi pelanggan atau pembeli akhirnya membawa kepada penjanaan pendapatan.

Teknik pemasaran yang betul adalah dengan cara berhemah walaupun ianya disampaikan secara umum kerana teknik di atas menjurus kepada fokus perlunya website (landing page) etc. untuk meletakkan senarai jualan.

Anonymous said...

slm....sy ingin bertanya. bagaimanakah cara yg berkesan untuk memasaran produk hotel yg baru beroperasi? ini kerana hotel yang akan baru beroperasi ini adalah kawasan yang orang tidak beberapa mengetahui tempat ini....hrp kerjasama tuan/puan dpt membantu saya...

email saya : achik8988@yahoo.com

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini