Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Pemasaran perniagaan yang berkesan

Salam sejahtera pengunjung blog program affiliate malaysia yang dicintai disayangi sekalian. Hari ini saya mahu mengongsikan kaedah pemasaran yang berkesan kepada anda semua.

Hari ini saya mahu memborkarkan mengenai teknik menyakinkan pelanggan semasa kita melakukan bisnes untuk program affiliate Malaysia tidak kisah sama ada dengan kaedah online atau offline, Hyprobulksms ataupun apa sahaja program perniagaan affiliate.

Sebenarnya rahsia untuk membuat pemasaran (marketing) adalah dengan menerangkan sebaik mungkin mengenai kebaikan atau kegunaan produk itu dengan jujur dan tidak berselindung di sebalik fakta. Jika seorang pelanggan atau anda membeli sesuatu produk anda sebanarnya bukan membeli produk tersebut, tetapi mereka membeli kelebihan atau kebaikan produk tersebut. Ceritakan kepada mereka mengenai status yang bakal mereka perolehi dengan segala kebaikkan menggunakan produk dan menyertai affiliate perniagaan yang bakal mereka sertai.

Ramai orang melakukan kesilapan semasa membuat perniagaan yang berasaskan program affiliate atau networking ini, sama ada mereka menyertai keahlian hyprobulksms atau apa sahaja perniagaan lain. Mari kita ambil contoh yang paling hampir di sini, mengenai program affiliate hyprobulksms! Banyak saya mendapat panggilan talefon yang meberitahu mereka sudah dua tiga bulan atau lebih lama lagi telah menjalankan perniagaan hyprobulksms tetapi masih belum mendapat downline lagi dan masih belum mendapat limpahan keuntungan sebagaimana yang mereka harapkan! Saya selalu mendapat panggilan seperti itu daripada ahli program hyprobulksms yang mendaftar BUKAN dengan saya. Mengapakah seringkali jadi begitu?

Walaupun mereka bukan ahli yang mendaftar dengan saya, dengan ikhlas saya sudi membantu mereka mencari penyelesaian permasalahan pernigaan hyprobulksms mereka. Saya meminta mereka yang dirundung masalah ini menerangkan kepada saya bagaimana cara yang mereka gunakan untuk mempromosikan program ini kepada prospek (prospect) mereka. Selalunya jawapan mereka juga ialah menerangkan tentang hyprobulksms, latar belakang program hyprobulksms dan jika menyertai affiliate hyprobulksms akan mendapat keuntungan besar jika menggerakkan atau mempromosikan kepada orang lain, dan lain-lain. Saya tanya mereka semula sama ada mereka sudah mendapat keuntungan besar belum atau belum? Selalunya jawapan yang mereka berikan adalah belum lagi, jadi saya katakan kepada mereka janganlah berangan kalau tidak mahu menggapai angan-angan tersebut dan nanti bila sudah dapat untung baru anda datang jumpa saya. Akhirnya mereka menyerah dan bertanya kepada saya, bagaimanakah saya boleh melakukan perniagaan ini.

Ok, saya senang untuk memberikan kepada anda semua yang sudi membaca entri saya ini sebuah rahsia pemasaran yang ramai orang sebenarnya masih tidak tahu.

Anda mengajak orang menyertai program affiliate hyprobulksms dengan menjaja mulut dengan mengatakan jika kamu menyertai hyprobulksms anda akan mendapat keuntungan besar, kemudian kamu akan kaya kerana kamu sudah menjumpai teknik cara buat duit mudah. Habis semua orang anda mahu ajak menyertai hyprobulksms, hinggakan yang tak tahu apa itu handphone dan SMS pun menyertai program affiliate hyprobulksms, yang tak pernah kenal internet, komputer dan cyber cafe pun ditarik sekali! Sesetengah pula ada yang buta IT, sesetengah pula prospek ada yang dah tua tapi tak mahu belajar!.

Jika perkara seperti diatas terjadi kepada anda, maka anda akan berhadapan dengan suatu perkara yang memang akan terjadi seperti mereka akan mengatakan hyprobulksms penipu, hyprobulksms scam dan yang paling tidak boleh diterima ialah hyprobulksms haram!

Mereka akan mencerminkan diri anda semula, anda sendiri tidak berubah kaya, ada hati mahu orang lain berubah jadi kaya. Akhirnya berbuih mulut anda menerangkan program hyprobulksms kepada mereka, tetapi mereka tak akan mahu diri anda sebagai upline mereka. Mereka mendapatkan maklumat daripada anda... tetapi prospek anda tersebut akan mendaftarkan diri mereka kepada orang lain yang lebih menyakinkan mereka. Saya suka menasihati kepada anda mengenai perkara ini - Jangan bantu prospek yang meninggalkan diri anda jika mereka menghadapi masalah yang sama seperti anda, boleh diabaikan sahaja! Perkara lain yang mungkin akan berlaku juga adalah seperti ada juga prospek yang segan dengan anda akhirnya mereka masuk juga hyprobulksms kerana mereka termakan dan percaya nanti mereka akan menjadi kaya dengan masuk program affiliate hyprobulksms!, maka jadilah mereka serasminya sebagai downline anda. Akhirnya selang beberapa ketika atau beberapa bulan, mereka pun call anda untuk minta duit mereka semula (refund) kerana mereka tidak menjadi kaya seperti yang mereka harapkan walaupun untuk balik modal kerana mereka dijanjikan seperti sudah menemui cara buat duit mudah daripada anda. Mereka pun bertanya bagaimana mereka nak dapatkan wang mereka semula, ada juga yang lebih parah kerana mereka mahu membatalkan keahlian affiliate hyprobulksms seumur hidup mereka! Anda pula mula mula menggelabah dalam mencari penyelesaian permasalahan ini. Kemudian call saya pula semata-mata untuk bertanyakan hal seremeh ini, padahal ianya berpunca dari kesilapan anda sendiri kerana tidak menerangkan betul-betul kepada prospek (prospect) anda! Jika anda seorang yang berdaftar dengan saya, sudah tentu perkara seperti ini tidak besar marginnya untuk berlaku kepada anda!, sebab apa? Kerana saya upline hyprobulksms anda maka saya tahu tanggungjawab saya kepada anda. Kerana saya ni best... (boleh terima tak?, tak boleh blah hehe)

Saya mahu anda semua miliki ilmu kemahiran teknik pemasaran yang berkesan ini, saya akan bongkarkan rahsia ini sekarang juga kepada anda! Sila baca ok! ikhlas saya tulis khas untuk pembaca blog "Hyprobulksms Affiliate Program Review". Teknik yang sering saya gunakan untuk melakukan marketing adalah seperti contoh di bawah!

Jika ada yang call saya bertanyakan tentang program hyprobulksms, awal-awal saya mengatakan program hyprobulksms tidak boleh buat mereka cepat kaya! Jika mereka mengaitkannya dengan MLM biasa yang cari orang bawah, orang atas dapat goyang kaki! Saya akan jawab kepada mereka yang  "itu tidak benar ya tuan, ia memang seperti "perniagaan MLM" tetapi sebenarnya bukan MLM kerana ia sebuah konsep perniagaan affiliate" Jika mereka bertanya "apa itu affiliate?", saya akan menerangkan kepada mereka bagaimana hyprobulksms mengagihkan keuntungan jika kita berja menjual keahlian kepada prospek secara ringkas dan tidak menyeluruh, saya contohkan mengikut salah satu pakej sahaja. Saya mengatakan "hyprobulksms adalah sistem penghantaran SMS yang berbentuk pukal, jika tuan mahu hebahkan apa sahaja perkara, tuan boleh gunakan!" Contohnya seperti "tuan buat bisnes dan mahu melancarkan kempen pelanggan, gunakan hyprobulksms!" "orang dapat sms tuan akan menyebabkan orang datang kedai tuan, bila datang kedai tuan mereka akan jadi pelanggan tuan... bila mereka menjadi pelanggan tuan... tuan akan untung dan seterusnya kaya! itu sahaja ya tuan!" Jika mereka berkata "saya bukan ahli perniagaan, saya nak buat apa dengan SMS ini banyak-banyak?" Saya dengan selamba dan yakin dengan rasa tidak bersalahnya akan menjawab pertanyaan mereka seperti ini "Tuan memang akan jadi ahli perniagaan kerana tuan boleh menjual perhidmatan SMS pukal (bulk sms), kerana tuan akan mempunyai keahlian untuk memasarkan sistem bulk sms murah!, dan jika tuan dah betul-betul tak tahu nak buat apa dengan SMS yang banyak ni... boleh saja digunakan untuk kegunaan diri tuan sendiri!".

Jika mereka bertanya lagi seperti "macam mana orang kata program hyprobulksms ini begitu lumayan buat duit?" Saya dengan muka yang berlagak dan nampak angkuh! (P.S- Anda semua jangan tiru seperti ini!, saya seorang sahaja yang boleh! hehe) akan berkata kepada mereka dengan ayat seperti ini "memang boleh jadi lebih lumayan, lagi lumayan daripada tuan menjual SMS pukal ini, memang lagi baik daripada tuan gunakan SMS untuk diri sendiri! Tapi mahukah tuan mengetahuinya? Bukan calang-calang orang sanggup buat benda ni dan bukan senang-senang kerja untuk laksanakan kerja ini!" mereka pasti berkata "saya sanggup kalau kena caranya dan mudah kaedahnya" Saya akan menjawab lagi seperti ini "ianya tidak mudah seperti yang tuan sangka, kalau tuan beli pakej hyprobulksms ni, baik tuan jual SMS atau guna sendiri sahaja. Itu lagi baik kerana walaupun sedikit hasilnya dan tidak lumayan, tuan tetap akan beroleh keuntungan dan kepuasan sendiri kerana seronok dengan produk ini! Dah habis semua SMS tuan, kalau rasa nak lagi tinggal beli topup dengan hyprobulksms sahaja! keuntungan yang tuan dapat ialah kerana gunakan SMS untuk jual hebahan dan guna sendiri! kerugian tuan SEMEMANGNYA tiada" Bila mereka berkata lagi seperti "saya kalau jadi pengguna sahaja sudah untung, macamana kalau saya nak lagi lebih untung?" Masa inilah yang saya katakan kepada mereka "kita perlu memperkenalkan kepada pelanggan baru SECARA SAMPINGAN tentang produk hebat ini tuan, guna sendiri sahaja begini sahajalah hasil yang kita dapat! lebih elok kita mencari pendapatan sampingan dengan produk ini! Inilah yang boleh tingkatkan pendapatan kita tuan, sikit-sikit tu ada lah nanti hasilnya dan TIDAK MUSTAHIL akan buat orang jadi kaya! mungkin tuan salah seorang darinya... tapi bukan mudah nak buat kalau tidak ada usaha dan ilmu!".

Tanyakan lagi kepada mereka sebelum mereka memberikan apa-apa jawapan "tuan sanggup terima atau tidak kalau saya berikan ilmu ini dengan PERCUMA kepada tuan?" kemudian mereka akan menjawab "ilmu percuma tentulah saya mahu, tapi jika perlu membeli hyprobulksms saya tak mahu!" Bila saya mendengar jawapan positif tersebut, dengan laju saya akan berkata "tuan perlu mendaftar dan membeli pakej hyprobulksms terlebih dahulu, kerana sistem hyprobulksms ini perlu digunakan oleh tuan untuk pembelajaran tuan supaya boleh jana pendapatan mudah ini, kalau betul tuan mahu belajar saya sudi membantu tuan, keahlian tuan seumur hidup! pilih sahaja masa tuan! Kalau tuan tidak mahu menyertainya saya tidak rugi apa-apa!" Katakan lagi kepada mereka "hari ini tuan beruntung kerana tuan diperkenalkan perniagaan ini, ada ramai lagi di luar sana yang masih tidak tahu, saya nak letak panggilan ini ya tuan! saya cuma risaukan jika lama sangat kita berbual ni ada pulak orang yang rugi kerana mereka call saya tidak dapat. Maafkan saya tuan, jika ada apa-apa nak tanya lagi, tuan boleh call sahaja saya!". Sebelum habiskan perlualan, inilah masanya saya bertanya pula "boleh saya tahu NAMA tuan dan dimana LOKASI tuan? saya cuma nak tahu kerana saya mahu mengukur keberkesanan promosi yang telah saya jalankan pada program hyprobulksms saya ini!" Selepas saya berjaya mendapatkan data dari prospek yang call saya, contohnya saya dapati nama mereka ialah Abu, barulah saya melakukan penutup seperti ini "baiklah tuan Abu, SAYA SEDIA MENUNGGU TUAN JIKA TUAN MAHU BERJUMPA. Saya mahu letak panggilan ini sekarang!, Assalamualaikum ya!" saya gunakan ayat ini jika lokasi prospek saya berhampiran. Tetapi jika lokasinya jauh, saya akan cakap seperti ini pula "baiklah tuan Abu, SAYA SEDIA MENUNGGU TUAN jika tuan Abu mahu bertanya tentang PERNIAGAAN ini dengan lebih lanjut lagi, ikutkan hati mahu saya berjumpa dengan tuan Abu! Tapi apakan daya kita berjauhan, walaupun jauh masih lagi mudah untuk berhubung ya tuan Abu? Ok lah! Saya mahu letak panggilan ini sekarang!, Assalamualaikum ya"

Mereka pun jawab "Ok nanti saya call anda lagi boleh tak?" atau mereka jawab sekadar "Ok" sahaja biasanya. Saya akan jawab "Ya, silakan tuan!, bila-bila mana tahu ada JODOH REZEKI kita boleh berjumpa... siapa tahu LAHIR LAGI SEORANG USAHAWAN HYPROBULKSMS YANG BERJAYA, ORANGNYA ADALAH TUAN! HEHEHE (anda mesti ketawa juga walaupun ianya TIDAK lawak)" kemudian saya akan tambah lagi dengan berkata " Ok lah tuan Abu, saya rasa saya sudah menerangkan SEGALA YANG SEMPAT INI KEPADA TUAN dalam perbualan kita singkat ini, tolong jaga nombor telefon saya baik-baik ya tuan Abu, Ok terima kasih!" kemudian saya letak telefon dengan muka yang senyum, selamba sambil bersahaja kerana saya sudahpun selesai menjalankan cara berniaga dengan betul.

Selesai satu deal, biasanya 6/10 prospek yang memang sudah ada modal akan hubungi saya semula selepas mereka membayar keahlian hyprobulksms kerana mendaftarkan diri secara online, ada juga yang prospek saya saya daftarkan dengan berjumpa mereka secara offline kerana mereka mendapat peluang ini dengan flyers (kawasan berdekatan saya), jadi mereka lebih senang melakukan pembayaran dengan kaedah pembayaran COD (cash on delivery). Baki 4/10 yang belum ada modal biasanya menunggu modal mereka setelah mereka menghubungi saya. Apa nak dirisaukan, saya hanya perlu berusaha dengan menunggu sahaja!

Apa yang saya mahu tekankan di sini supaya anda semua nampak dengan jelas ialah teknik pemasaran perniagaan yang betul kepada anda. Perbualan anda mestilah singkat, separuh lengkap dan bersahaja. Penyampaian perbualan dilontarkan dengan yakin dan amat santai. Sila beri perhatian pada bacaan anda ini di mana saya telah menggunakan huruf besar pada point yang amat penting di atas!. Jika anda dapat menguasai teknik pemasaran ini, saya yakin bakal prospek akan menjadi prospek dan seterusnya menjadi downline anda. Saya suka namakan teknik pemasaran ini sebagai - Teknik nak letak call tapi tak letak-letak! Huhuhu..

Teknik pemasaran ini tidak terhad untuk perniagaan hyprobulksms sahaja. Saya amat melarang anda sama sekali mengajak orang pada apa jua perniagaan anda dengan menawarkan keuntungan besar jika mereka menyertainya. Anda sendiri tahu itu satu angan-angan yang sukar untuk dikecapi, dan merupakan satu penipuan kepada mereka juga! kerana bukan semua daripada mereka mampu berfikir jauh dan ada sesetengahnya agak cepat melenting. Orang dah fobia dan naik benci menyampah dengan janji manis seperti ini, jangan samakan diri anda seperti sesetengah penjual ebook tempatan!. Anda sendiri tahu yang diri anda pun belum pasti mampu mencapainya. Tolong jangan jadi hipokrit demi perniagaan!

Baiklah, sungguh penat jari jemari saya menaip entri ini. Saya berasa senang jika anda semua mendapat manfaat daripada pendedahan teknik rahsia saya ini yang sebenarnya tidak rahsia pun kepada orang yang sudah mengetahuinya. Janganlah marah ok. Namun saya menulis adalah untuk memberi manfaat kepada sesiapa yang masih tidak mengetahui teknik ini. Akan datang saya akan dedahkan cara-cara membantu downline anda pula. Bila saya nak tulis pun saya tidak dapat pastikan lagi hehe. Ok, terima kasih semua yang sudi membaca.

Sekian untuk kali ini.

Apa? tak ada gambar dalam post ini? Saya malas nak letak gambar untuk penulisan entri untuk kali ini,.. hehehe, berpinar tak mata anda sekarang?

0 ulasan:

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini