Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Maksud program affiliate. HyprobulkSMS No.1 di Malaysia!

Hari ini saya ingin berkongsi lagi sedikit pengetahuan yang saya ada mengenai "Affiliate". Salam sejatera kepada semua pengunjung blog "Hyprobulksms Affiliate Program Review" yang saya hormati sekalian. Sebelum entri ini ditulis, saya sudah banyak kali menekankan tentang affiliate, tetapi apakah maksud affiliate sebenarnya? Jika ada yang belum sempat tahu apakah maksud affiliate, saya akan bongkarkan kepada anda sebentar lagi. Sila teruskan pembacaan anda untuk mengetahui maksud disebalik perkataan affiliate ini.

"Affiliate? apa tu... lain semacam saja bunyi perkataan tu saya dengar". Ayat tersebut tersebut adalah contoh ayat yang selalu sangat saya dengar apabila saya bercerita tentang affiliate. Tidak ada sebab sepatutnya sehingga anda tidak pernah mendengar perkataan affiliate ini, jika anda ini seorang pengguna internet yang sentiasa memasang cita-cita murni anda untuk berjaya dalam perniagaan internet. Tetapi kepada sesiapa yang tidak mengetahui maksud perkataan "affiliate" tidak mengapa! ia bukanlah kerana salah anda kerana kurang membaca. Saya akan cuba meringkaskan apa itu "affiliate" kepada anda. Mula-mula kita cuba memahami daripada mana berasalnya perkataan ini. Adakah anda sudah dapat?. Sebenarnya perkataan affiliate bukanlah perkataan dalam Bahasa Melayu, sebenarnya ia adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Inggeris yang bermaksud "bergabung" atau affiliation yang bermaksud "penggabungan". Walaupun perkataan ini adalah istilah dari Bahasa Inggeris tetapi ianya tidaklah meluas sangat penggunaanya jika dibandingkan dengan penggunaan perkataan "united" walaupun membawa maksud yang sama. Pada masa sekarang perkataan ini sebenarnya sudah popular sebenarnya di rangkaian internet global berbanding perkataan " unite" yang hanya popular secara perniagaan realiti (cara lama). Zaman sekarang adalah zaman IT, internet sana dan sini dan affiliate bukan lagi sesuatu yang menghairankan. Ianya popular sehingga menghasilkan kekuatan kepada pencetusan idea-idea yang melampaui kemampuan sistem tradisional iaitu dengan menggunakan internet sebagai asasnya. Sesetengahnya konsep affiliate juga diaplikasikan secara offline supaya perniagaan dapat dilakukan dengan lebih meluas, contohnya program affiliate Malaysia yang terbaik, iaitu program affiliate hyprobulksms.

Beberapa persoalan mungkin timbul di dalam kepala kita!. Bolehkah kita berjaya menjual apa-apa produk yang kita mahukan di internet? Bolehkah internet mengubah taraf hidup seseorang?. Kalau anda tidak percaya, saya mahu mengambil contoh daripada yang terdekat sahaja. Dia adalah orang kita sendiri dan dia orang melayu iaitu Irfan Khairi. Untuk makluman anda sekalian, Irfan Khairi adalah seorang jutawan. Anda percaya atau tidak hakikatnya itu semuanya benar. Memang sudah ramai jutawan melayu tetapi ironiknya Irfan Khairi menggunakan internet sebagai asas untuk dia berjaya. Jika anda masih tidak percaya juga, anda boleh menggunakan fungsi carian google untuk mengenali siapa Irfan Khairi ini. Sebenarnya sudah berjuta-juta orang yang sudah berjaya menambah pendapatan mereka dengan menggunakan internet dengan menggunakan kaedah menjadi affiliate dan menjual produk yang bukan milik mereka. Disini sudah jelaslah bahawa seseorang yang tidak mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan sudah boleh berjaya juga dengan menolong menjual produk orang tersebut dan mendapat komisyen daripada hasil jualan setiap produk itu. Inilah yang dikatakan membuat duit atas angin.

Bagaimana affiliate boleh dikatakan batu loncatan terhebat, sedangkan anda tidak menjual produk anda? Jawapan paling mudah adalah mula-mula sekali anda mesti sudah menenali jenis produk yang anda ingin jual tersebut. Adakah potensi untuk melariskan produk itu besar?. Saya tidak akan menyentuh tentang perkara ini sekarang. Mari kita berbalik kepada asas affiliate, asasnya ialah menolong orang lain memasarkan produk mereka dan anda akan menerima komisyen daipada setiap hasil jualan. Memang menarik disini, anda hanya memperkenalkan (referral) sahaja dan mendapat keuntungan darinya. Tidak perlu khuatir, semuanya urusan yang terlibat akan berlangsung secara online dan automatik, anda tidak perlu berjumpa sesiapa untuk tujuan membuat referral.Pembeli juga tidak perlu berjumpa dengan anda, mahupun pemilik produk tersebut untuk membuat sebarang pembelian. Pada dasarnya program affiliate ini selalunya anda boleh menyertainya dengan percuma, mereka tidak mengglakkan anda membeli produk mereka. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengisi borang ahli affiliate yang disediakan secara online dan juga dihantar kembali maklumat tersebut secara online. Untuk pendaftaran anda biasanya diminta untuk memasukkan beberapa ciri-ciri maklumat peribadi pada diri anda seperti nama, alamat dan nombor akaun bank anda. Tujuan pemetaan maklumat itu adalah untuk melakukan proses pembayaran kepada anda nanti sekiranya anda berjaya membuat promosi dan berjaya mencari pembeli. Selepas pendaftaran anda berjaya, Secara automatiknya anda akan menjadi salah seorang ahli syarikat tersebut dan anda akan diberikan link atau skrip code khas mengenai laman web affiliate anda tersebut kod yang diberikan selain link adalah untuk tujuan banner. Bila anda sudah dapat mengakses link laman web affiliate anda, apa yang harus anda buat adalah promosi, promosi dan promosi sahaja kepada orang lain sehingga anda mendapat komisyen anda, mengikut perjanjian yang dibuat semasa mengaktifkan akaun affiliate anda. Sama juga seperti program affiliate hyprobulksms, cuma bezanya anda cuma membeli produk semasa anda mengeluarkan keuntungan anda, bermakna sama seperti tidak wajib membeli produk juga.

Cara untuk menjana pendapatan melalui online affiliate marketing adalah lebih kurang seperti begini; Jika ada pelanggan atau pembeli yang melakukan pembelian dari link anda, bermaksud anda layak untuk menerima komisyen secara langsung atau secara terus. Itu adalah contoh bagi sistem program affiliate pembayaran komisyen satu tingkat. Pada masa sekarang ini, terdapat juga sistem program affiliate yang membayar komisyen kepada anda melalui hasil jualan daripada link penajaan downline anda. Maksudnya anda boleh menjual dan juga boleh menaja untuk mendapatkan komisyen. Untuk sistem ini, bayaran komisyen terdapat pada sistem pembayaran 2 tingkat atau lebih dan anda akan mendapat keuntungan jika banyak menaja (sekadar mencari downline sahaja) mengikut peratuasan tertentu jang telah dijanjikan semasa anda mengisi borang keahlian affiliate, walaupun tidak dapat melakukan sebarang jualan melalui link anda sendiri. Sedikit berunsur MLM untuk sistem affiliate 2 tingkat ini, oleh itu anda lebih berpeluang untuk berjaya jika memilih sistem perniagaan affiliate jenis ini. Proses perniagaan dijalankan adalah dilakukan secara automatik oleh sistem laman web affiliate tersebut. Anda hanya perlu melakukan promosi dan pemilik laman web membayar kepada anda. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan, tidak ada kerja lain selain kerja yang dijelaskan. Mudah kan!. Sistem Program affiliate jenis ini dikategorikan sebagai MLM walaupun seperti MLM. Sistem ini juga diaplikasikan dalam plan pemasaran hyprobulksms, tetapi ianya amat berbeza kerana multi-tier yang tidak terhingga! (istilah ini tidak salah disebut sebagai infinity).

Lumrah pada program affiliate adalah memberi keahlian secara percuma untuk anda melibatkan diri supaya menjadi salah seorang daripada pembantu untuk menjual dan layak untuk menerima komisyen. Tetapi jangan anda tidak tahu kerana terdapat juga sesetengah program affiliate yang memerlukan anda mengeluarkan sedikit modal untuk anda menyertainya. Pada dasarnya, program seperti ini memerlukan syarat-syarat keahlian seperti mengkehendaki anda melakukan pembelian barangan atau pembelian perkhidmatan sebelum anda diterima sebagai ahli affiliate dan layak mendapat komisyen. Program affiliate sepeti ini sebenarnya berunsur seperti MLM tetapi bukan MLM, ianya tidak melibatkan jaringan downline. Ia berfungsi menjana keuntungan terus daripada downline secara berterusan dalam satu garis tingkatan downline. Modal yang biasanya anda keluarkan diperingkat awal adalah sebahagian dari prosedur pemilikan produk kerana anda perlu memesanya dahulu menjadi stok milik anda sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan, itu pun jika anda tidak mahu menaja dari sistem ini. Untuk memaksimumkan pendapatan, anda perlu menaja!. Oleh itu ahli bawah anda harus membayar juga untuk menjadi downline anda. Bayaran yang dibuat termasuk kos untuk bahan-bahan bimbingan untuk menjadi affiliate yang berjaya. Biasanya begitu bagi kebanyakkanya tetapi untuk program affiliate hyprobulksms, syarikat telah menawarkan keahlian seumur hidup. Kerana sistem affiliate ini berteraskan unsur networking maka anda berpeluang untuk menggandakan pendapatan anda kepada jumlah yang tidak dapat anda bayangkan!. Potensi untuk affiliate jenis ini adalah tiada had kerana ianya boleh menjadi rangkaian yang sangat besar dan kukuh, untuk menjadi kaya dengan program affiliate jenis ini kerana seperti MLM yang lain, tumpuan penuh hanya untuk membuat rangkaian yang kukuh dibawah anda terlebih dahulu pada peringkat awal penyertaan anda. Untuk tujuan ini anda harus bersabar sedikit, sentiasa melakukan komunikasi terbuka dengan downline terlebih dahulu sebelum mengharapkan pendapatan lumayan.

Dalam era globalisasi internet zaman sekarang ini anda hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan program-program affiliate yang ditawarkan di luar sana. Ada terdapat antaranya program affiliate yang menipu sahaja. Cara yang paling mudah sebelum anda menyertai program affiliate tersebut adalah dengan mengujinya dengan melihat keputusan dari perpeksi pengguna internet yang lain tentang program affiliate tersebut. Cara untuk mengujinya adalah dengan cara anda menaip nama program tersebut dan taip scam.Contohnya, program xxxx adalah nama program affiliate tersebut, maka anda perlu menaip "xxxx scam" pada bar carian google dan anda lihat keputusannya dengan teliti sebelum anda berpuas hati dengannya. Ia mungkin tidak membuang duit anda jika anda terjebak! Tetapi berbaloikah kerja penat anda sambil membuang masa tapi tidak dibayar? Jadi nasihat saya kepada anda supaya berhati-hati dengan program scam ini. Scam boleh mucul dikalangan sesiapa sahaja yang melakukan perniagaan internet, contohnya para penjual ebook atau sesiapa sahaja! Awas!

Sekian sahaja cerita tentang affiliate untuk kali ini, sampai disini dahulu. Saya perlu mengingatkan anda bahawa bukan program affiliate Malaysia sahaja yang boleh anda sertai, adalah lebih baik anda mencari kemahiran tertentu dahulu untuk melakukan promosi terhadap affiliate dengan cara yang beretika. Bukan hanya dengan cara tradisi iaitu dengan melakukan SPAM! Semoga anda berminat untuk menyertainya dan semoga berjaya. Semoga anda bersedia untuk jana pendapatan online dengan menyertai program hyprobulksms, saya jamin anda akan berpuashati kerana anda telah menemui cara buat duit mudah dengan konsep perniagaan yang dinamakan sebagai AFFILIATE.

3 ulasan:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

affiliate nie memerlukan marketing yang betul dengan cara yang bagus.. insyallah ia akan berbaloi

Anonymous said...

Sdr,
penerangan sdr ttg affiliate adalah tak menepati istilah perniagaan (bahkan ikut suka hati!). Investopedia.com menjelaskan bahawa Affiliate: A type of inter-company relationship in which one of the companies owns less than a majority of the other company's stock, or a type of inter-company relationship in which at least two different companies are subsidiaries of a larger company.
Adakah mereka yg menyertai skim ini mempunyai minor shareholding dlm company ini? klau takde janganlah menamakan dengan istilah yg diri sndiri pun tidak faham semata2 utk menghalalkan perkara yg TIDAK PASTI status halalnya yg hakikatnya tergolong dlm skim Ponzi (Cepat Kaya).
1 lg, jgn tuduh org yg lain pndapat sbg pengecut, tak mahu perubahan etc sbb org trsbt jg kesian kpd sdr2nya yg mudah gelap mata dgn skim yg meragukn dr sudut hukum dan undang2 negara. Sbb?? Cuba prhatikan betul2 dlm pndaftaran dgn SSM tu adakah company ini diberi lesen utk mencari downline? jwpnY TIADA!! dan tiada penasihat Syariah jg yg endorse company ini sbg Patuh Syariah.
Renung2knlah....

Ikhlas,
Syahrul Nizam

sharemalaysia said...

@Syahrul Nizam,

Istilah affiliate tidak semestinya perlu mempunyai shareholding, kerana satu kerugian membawa istilah kurugian bersama yang patut ditanggung oleh kedua pihak.

Lihat sahaja IM yang mengusahakan info-product, adakah mereka tidak berkongsepkan affiliate jika ada orang lain yang memasarkan produk mereka, dan mengambil keuntungan yang dipersetujui bersama?

Saudara memang lebih pandai dan lebih baik serba serbi.. saya tidak!, saya tidak perlu menjelaskan panjang-panjang untuk mengupas hal ini lagi kerana sudah banyak yang saya tuliskan untuk tatapan semua, kalau saudara sudi bolehlah belek semula ya.

Saya memang tidak faham serba-serbi mungkin itu kekurangan yang saya perlu atasi. Saya tidak pandai seperti saudara, tetapi saya mampu menggunakan nikmat akal yang dikurniakan ini untuk menilai mana yang baik dan buruk.

Saya menegur pengecut kepada orang yang suka berselindung tetapi mendakwa dia benar dan betul segalanya.

Bukan untuk merosakan privasi saudara, tidak salah kalau saudara lebih menampilkan diri jika saudara yakin saudara benar. Tidak perlu terlalu detail. Berikan nama dan nombor telefon pun boleh... bukan luak pun sebenarnya aspek kehidupan saudara jika berbuat sedemikian.

Maafkan saya jika komen ini kasar sama sekali terhadap saudara.

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini