Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


Hyprobulksms halal atau hyprobulksms haram? Mana yang benar?

Entri kali ini masih lagi mengisahkan "hyprobulksms", Menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan demi penjelasan mengenai status hyprobulksms yang berkaitan dengan isu hyprobulksms halal atau hyprobulksms haram. Mana satu yang benar? Tidak salah jika kita mahu mengetahui status perniagaan hyprobulksms ini, bahkan status perniagaan lain pun kita harus mengkajinya dengan teliti sebelum kita perniagaan tersebut.

Baiklah saudara pengunjung sekalian, saya di sini bukanlah menulis untuk menghalalkan cara atau kepentingan sendiri. Saya menulis maklumat ini ikhlas untuk anda semua. Seperti yang anda tahu blog ini bernama hyprobulksmsreview, lebih tepat lagi blog ini dicipta khas untuk menyebarkan ilmu berkaitan teknik pemasaran hyprobulksms, status semasa hyprobulksms, IM dan maklumat berkaitan dengan dunia perniagaan yang ada di Malaysia dan global. Bukan sekadar hyprobulksms review sahaja.

Sudah jelas dengan entri blog sebelum ini bahawa hyprobulksms bukan skim cepat kaya atau pelaburan haram. Segala potensi pendapatan adalah bergantung kepada usaha masing-masing untuk menghasilkan jualan. Tidak ada paksaan dan manipulasi manusia ataupun manipulasi wang.

Tidak ada yang menguntungkan pihak tertentu sahaja. Perniagaan hyprobulksms untuk orang rajin yang akan menerima rezeki yang berhak untuk orang tersebut. Orang tersebut yang berusaha maka dia wajib mendapat limpahan rezeki yang dia usahakan. Bukan dia berusaha tapi orang lain yang mendapat untung, program hyprobulksms juga tidak menekan ahli baru, bila ahli baru mendaftar... mereka akan mendapat tempat dalam plan pemasaran hyprobulksms. Mereka setuju membayar pakej yang mereka mahukan untuk semur hidup mereka. Selepas itu mereka bebas untuk memilih sama ada mahu menjalankan perniagaan ini atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Tidak ada paksaan untuk mereka supaya berniaga dengan serta merta atau impak kerugian dengan pembelian pakej yang mereka pilih kerana mereka boleh pilih bila-bila masa yang mereka mahukan untuk menjalankan perniagaan hyprobulksms kerana keahlian hyprobulksms seumur hidup!

Produk hyprobulksms atau sistem bulk sms sebanarnya mereka hanya membeli apabila mereka mengeluarkan wang yang berada di akaun e-Wallet mereka. Ya mereka membeli produk hyprobulksms, TETAPI mereka masih boleh menjana keuntungan baru dengan menjual bulk sms mereka kepada sesiapa sahaja yang berminat atau mereka menggunakan sendiri secara peribadi. Ini juga satu penjanaan pendapatan untuk mereka.

Dengan penerangan ringkas di atas, jelaslah hyprobulksms tidak haram kerana tiada unsur manipulasi wang dan manipulasi manusia. Ramai yang kurang faham dengan status ini dalam plan pemasaran hyprobulksms. Secara asasnya membayar pakej keahlian semur hidup dan mengeluarkan wang adalah ibarat kita bermodal, bukankah dalam perniagaan mesti ada modal, keuntungan dan margin?. Bezanya istilah rugi untuk perniagaan hyprobulksms sebenarnya adalah rendah dan hampir tidak wujud kerana perlaksanaan plan perniagaan hyprobulksms yang begitu efisyen untuk semua ahlinya, tidak kira mereka itu berstatus upline atau downline. Jika mereka downline yang paling bawah sekalipun mereka tetap boleh berniaga dengan keahlian seumur hidup mereka merenusi pembelian pakej yang mereka bayar. Seperti perniagaan biasa juga, ada usaha maka ada rezeki dan tiada usaha maka tiada rezeki. Tidak dapat mencari ahli baru, mereka tidak rugi tetapi mereka juga masih belum untung... bukan tidak untung langsung! yang jelas mereka TIDAK rugi!

Semua orang mahu mencari sumber pendapatan yang halal, hyprobulksms adalah pilihan yang tepat kerana sebagai ahli kita sudah tahu punca duit keuntungan kita bukan dari penipuan kerana hyprobulksms bukan penipu!. Tiada kesangsian lagi. Dengan menyertai perniagaan hyprobulksms, kita pasti dapat memberikan makanan yang halal kepada keluarga kita. Dalam islam ini adalah wajib dipatuhi! rezeki akan diberkati walaupun sedikit tetap ada berkat yang menyebabkan kita hidup selesa dengan hati yang tenang. Bila berkat tentu rezeki akan bertambah tanpa kita sedari, memudahkan urusan peribadi kita seharian, dapat meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak akan dapat lebih perhatian, moral dan peribadi yang baik dan seribu macam kebahagian dari punca rezeki yang halal dan berkat tersebut.

Plan perniagaan hyprobulksms disediakan untuk merealisasikan semua perkara di atas dengan usaha dan tawakal anda. Dalam islam kita dibenarkan mengumpul kekayaan, tetapi kita ditegah menjadi hamba kepada kekayaan. Fikir-fikirlah semua...

Cerita tentang hyprobulksms halal pula,

Adakah program hyprobulksms ini bercanggah dengan Akta AMLA @ BAFIA?

Pada 04 ogos 2009, pihak Syarikat pergi ke Bank Negara Malaysia (Pukul 2 ptg, Tkt 5c, Unit Penyiasatan Khas) untuk mendapatkan Khidmat nasihat samada Hyprobulk SMS ini bercanggah dengan AMLA atau BAFIA (2 Akta yang digunakan oleh BNM untuk menutup dan menyerbu syarikat (seperti Ceramic, Noradz, Jazmeen, Buluh Mas) kerana plan ini tidak menjanjikan duduk diam dapat duit (4D).

AMLA = Anti Money Laundering Act/ Akta Pengubahan Wang Haram


BAFIA = Tabungan/Funding untuk tujuan keganasan.

Adakah perniagaan hyprobulksms ini halal?

Perniagaan ini adalah sah dari segi syariah. Anda tidak perlu lagi ragu-ragu dengan HyprobulkSMS ini kerana ia disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan syarikat merupakan ahli berdaftar dengan PPIM.

HYPROBULKSMS adalah PERNIAGAAN internet yang sah di sisi undang-undang & mempunyai syarikat berdaftar.. Kami bukan PELABURAN internet secara haram, penipuan MLM @ direct selling.. HYPROBULKSMS adalah program affiliate yang menawarkan komisyen up to 100% kepada setiap reseller. Program ini semakin berkembang selepas keluar di RTM 1.

Ahli hyprobulksms secara salah & bertentangan di dalam program hyprobulksms mempromosi, menganjur dan menggalak perkara seperti di bawah akan diambil tindakkan "lock e-Wallet & hyprosms akaun" dan AKAN DILAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS dan AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH oleh syarikat dengan SERTA MERTA.

Perkara tersebut adalah:

  1. Membuat promosi komisyen dan bonus yang berlainan serta melebihi komisyen dan bonus hyprobulksms tanpa kebenaran pihak syarikat.
  2. Mempromosi, menganjur, menjanjikan dan menggalakkan program hyprobulksms secara pelaburan haram (DUDUK DIAM DAPAT DUIT). skim cepat kaya, simpanan kutu berkumpulan dan hal yang dilarang oleh kerajaan Malaysia tanpa kebenaran syarikat.
  3. Menyediakan pelabur (funder) untuk merancakkan program hyprobulksms tanpa kebenaran pihak syarikat.
  4. Menghantar SMS, MMS, WAP PUSH dan Flash Messaging  berupa hasutan, fitnah, penipuan, bahan lucah dan pornographi.
  5. Memburuk-burukkan memfitnah dan menghasut terhadap syarikat dan para pengarah syarikat dan semua ahli hyprobulksms.

Dengan semua yang tertera di atas, semoga menghilangkan kekeliruan dan keraguan kepada yang belum menyertai program hyprobulksms.

Sekian sahaja penulisan saya untuk kali ini, sekarang adalah 1 Ramadhan, semoga kita berusaha lebih kuat semasa kita sedang berpuasa di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang membaca entri hyprobulksmsreview, doakan setiap hari malaui saat ini akan membawa rezeki yang berkat kepada kita semua. Assalamualaikum.

Ikhlas dari saya Zazali Nordin...

2 ulasan:

Anonymous said...

Sdr,
Yg mengesahkan patuh syariah atau tidak operasi sesebuah syarikat adalah badan bebas e.g. penasihat syariah yg tiada kepentingan dlm syarikat.
Setakat yg saya tahu dr segi perniagaan biasa adalah satu keperluan utk sesebuah syarikat mempunyai laporan tahunan kewangan syarikat yg diaudit. ini tak ada dlm syarikat yg sdr sertai ini yg mana ianya boleh menimbulkn keraguan dari sudut undang2. ttg dh masuk tv, hari tu dh prnah ada company mcm ni masuk tv tp last2 kena cekup jg. beza antara company tu dgn company sdr ni adalah company sdr jual sistem sms dan company tu jual barang2 harian spt sabun, bedak, syampu etc. so berhati2lh.

ikhas,
syahrul nizam

sharemalaysia said...

Salam saudara syahrul nizam, anda apa khabar?

Terima kasih kerana memberikan pandagan saudara yang ikhlas ini. Untuk pengetahuan saudara, keahlian syarikat affiliate hyprobulksms telah menjadi ahli PPIM. Sesungguhnya PPIM telah meneliti perkara ini dengan teliti dari sudut syariah juga sebelum mereka meluluskan keahlian. Keahlian hyprobulksms untuk menyertai PPIM diluluskan kerana tiada perkara yang meragukan

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini