Kebebasan Kewangan

 


 

Semua program PPC seperti Google AdSense, program affiliate seperti Program Affiliate Hyprobulksms, atau apa jua affiliate seperti penjualan ebook tidak akan menjadi lumayan kepada anda jika anda tidak ingin take action! Ini bukan program “skim cepat kaya” atau "Multi-level Marketing" tetapi perniagaan affiliate yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan rajin sekiranya anda ingin berjaya bergelar seorang IM.

Peluang yang tidak diabaikan pasti membawa keuntungan! Mahu berubah kepada BEBAS HUTANG, BEBAS KEWANGAN? Saya akan tunjukkan jalannya!, jika mahu berubah BERTINDAKLAH CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

 


HyprobulkSMS masuk TV1, masih kurang yakin?

Selamat sejahtera semua,

Sambutan perniagaan HyprobulkSMS memang di luar jangkaan saya dan orang yang sudah sedia menjadi ahli HyprobulkSMS. Saya pasti sudah ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut dengan program buat duit side-income yang terhangat pada tahun 2010 ini.


Kejayaan memperolehi pendapatan 4 angka sebulan (malah seminggu pun boleh) memang sangat-sangat berbaloi. Modal hanya sekali seumur hidup (serendah RM250) dan lepas tu untuk mencapai pendapatan 4 angka sebulan adalah sangat mudah. Jangan terkejut kalau ada kawan-kawan atau ahli keluarga korang yang dah join program HyprobulkSMS ni. Sebabnya program ni dah ramai yang sertai dan sudahpun terbukti. Menggunakan sistem HyprobulkSMS yang ada, anda boleh memperoleh keuntungan dalam masa 24 jam. Ahaaaa! Tak payah terkejut sebab semuanya dah diaturkan dalam sistem canggih HyprobulkSMS.

Program buat duit sampingan dengan menjadi usahawan HyprobulkSMS separuh ataupun sepenuh masa sudah pun dibincangkan dalam program TV di saluran RTM. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok video YouTube dekat bawah. Jangan sangsi-sangsi lagi nak jadi ahli HyprobulkSMS dalam masa terdekat ni sebab bila dah keluar dan dibincangkan dekat RTM, memang sudah pastilah program ni benar-benar REAL! Kalau tak percaya apa yang saya katakan ni, cuba tengok pada blog saya ni:

Perniagaan ini :

- Legal - sah disisi undang-undang Malaysia.

- Bantuan dari Xtreme Team jika ingin mengembangkan perniagaan dengan lebih besar lagi.

- Telah masuk wawancara Selamat Pagi Malaysia 3/2/2010 (Video eksklusif hyprobulksms di RTM TV1 Malaysia)

- Diiktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

- Menjalankan perniagaan secara santai seperti sambil melepak minum kopi di warung!

Jangan segan hubungi saya segera untuk penerangan lebih lanjut. Bertindak sekarang kalau mula nak kaya dari sekarang!

2 ulasan:

Sendra said...

Saya ingin mengaju satu soalan..jikalau saudara zazali perasan, penjanaan duit tanpa perlu bekerja (baca : Menjalankan perniagaan secara santai seperti sambil melepak minum kopi di warung! ) ni berlaku sejak kebelakangan ini saja.Mengapa ia tidak berlaku pada tahun 1996,1997,1998,1999 etc?


Pada zaman sekarang, terdapat juga cara lain untuk menjana duit. Sebagai contoh, rasuah.
Degan cara rasuah pun boleh menjana duit hanya dengan mengguna kata-kata, sama juga dengan skim cepat kaya dan program yang sehaluan dengannya.

Tambahan lagi, kenaikan bahan bakar dan keperluan kian meningkat, manusia lagi butuhkan duit biarpun maruah tergadai.


Walaupun niat penggunaan duit adalah baik seperti perbelanjaan harian keluarga & persekolahan anak-anak, ia tetap memberi kesan yang buruk terutamanya pada psikologi.

Mengapa secara psikologi?


Manusia,sejak azali, lebih sukakan yang cantik, yang sempurna, dan yang mudah.Tiada siapa yang mahukan sebaliknya.Tuhan juga telah memberi manusia akal untuk belajar & berfikir cara yang terbaik untuk mendapatkan kesenangan.

Terutamanya, orang kita, yang beragama Islam.Agama yang menerapkan akal fikiran & ilmu untuk mencari kesenangan di dunia dan akhirat.
Bukannya dengan bersantai bergoyangan kaki demi menjana wang!Itu seperti berjudi pula..

Jadi bagaimana pengaruh hal ideologi ini dengan perniagaan hyprobulkSMS ini?adakah ia sama seperti MLM atau apa2 yang seangkatan dengannya?saya bukan memboikot perniagaan ini,cuma mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut.Diharap saudara dapat merungkai persoalan ini dengan baik.terima kasih.

sekali lagi,saya cuma bertanya,tiada niat membantah atau memboikot perniagaan ini.mungkin jika ini adalah perniagaan terbaik,saya sendiri akan menyertainya?

Personal : Berdiam diri bukan bermaksud pergi.

Zazali Nordin said...

Sebelum itu saya ingin ucapi terima kasih diatas komen yang diberi oleh saudara Sendra mengenai perniagaan ini.

Seperti dalam pertanyaan saudara Sendra "(baca : Menjalankan perniagaan secara santai seperti sambil melepak minum kopi di warung! ) ni berlaku sejak kebelakangan ini saja.Mengapa ia tidak berlaku pada tahun 1996,1997,1998,1999 etc?"

Saya gembira menjelaskan disini maksud sebenar disebalik petikan diatas.

Hyprobulksms masih lagi perniagaan berteraskan networking, mana mungkin dapat menghasilkan pulangan yang besar dengan modal permulaan yang amat kecil dan perniagaan ini juga memerlukan downline erti kata lain perniagaan ini jelas sekali MLM.

Dalam Islam kita diwajibkan bekerja untuk mendapatkan rezeki, hyprobulksms tidak menjanjikan hasil lumayan jika duduk diam sahaja menunggu hasil lumayan. Ia sama sekali TIDAK SAMA dengan MLM perniagaan lain yang terdapat unsur penipuan seperti kayakan orang atas sahaja. Perniagaan hyprobulksms lebih kepada usaha kita sendiri,dan kita dibantu dari segi sokongan teamwork kita untuk berjaya.

Saya menyertainya kerana saya sudah faham dengan plan perniagaan yang mengamalkan "smart plan fast income" walupun produk hyprobulksms ini tidaklah begitu memikat saya.

Ramai ahli yang saya dah jumpa adalah bekas selesman MLM perniagaan lain telah memperakui plan perniagaan hyprobulksms adalah yang terbaik, pastas dan berbaloi jika dibandingkan dengan modal yang dikeluarkan sekarang.

Pantas disini bermaksud cepat balik modal, tidak melampau jika saya istilahkan ini sebagai "cepat berjaya".

Contoh saudara daftar RM500, Saudara beli sistem dan plan perniagaan hyprobulksms. Saudara akan dapat balik modal saudara RM500 selepas memperkenalkan kepada 2 orang prospek baru, dan mereka akan memberi pulangan pasif kepada saudara sampai 10 level, tu baru 2 orang bermacam pulangan saudara akan dapat selain "balik modal" saudara tambah lagi downline ke 3, ia akan membawa pulangan infiniti kepada saudara. Ingat modal sekali saja saudara keluarkan. Sungguh cepat dan mudah untuk mendapat pulangan, tak perlu cari ramai downline untuk balik modal. Ingat 2 orang pertama dah balik modal + keuntungan pasif, ke-3 dan seterusnya (infiniti) yang membawa saudara kepada kejayaan yang lebih besar. Apa ruginya? Rugi hanya berlaku jika saudara mendaftar tetapi tidak bergerak lansung sehingga tidak mahu membaliki modal saudara itu! Dah tahu kan nak "balik modal" itu tak susah, dan bila dah balik modal yang lainnya adalah keuntungan!

Bukan bergoyang kaki seperti berjudi, ianya melibatkan sedikit usaha dan ianya berbaloi. Yang seperti "(baca : Menjalankan perniagaan secara santai seperti sambil melepak minum kopi di warung! ) kerana pernigaan ini sesuai juga dijalankan secara offline. Apa salahnya belanja kawan minum kopi disamping berbual menerangkan perniagaan hyprobulksms ini kan..

Diulangi, saya tertarik kerana saya faham dengan plan perniagaan ini. Saya mengerti niat saudara bukan untuk memboikot perniagaan ini, oleh itu saya terbuka untuk merungkai segala pertanyaan saudara Sendra, saya tidak memaksa tetapi jika saudara mahu menyertai bidang perniagaan kerana inginkan perubahan baru dalam hidup dan hasil yang lumayan, sertailah perniagaan ini, sertai saya dalam kumpulan ini! Dijamin 100% saudara akan berpuashati, gembira dan tenang.

Daftar kumpulan saya dan jangan segan berhubung dengan saya. Jika saudara Sendra berminat.

Diharap komen ini dapat merungkai pertanyaan saudara, teruskan kesudian memberi komen di blog ini saya ini. Terima kasih diatas segala respon saudara.

Post a Comment

Pihak blog Hyprobulksms Affiliate Program Review sentiasa mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Semua komen adalah DOFOLLOW. Sila komen dengan beretika, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

BlogMalaysia.com

Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs Business TopOfBlogs Blogarama - Blog Directory Business Blogs Blog Directory hyprobulksms teknik pemasaran affiliate program affiliate Malaysia

Mengikuti Blog Ini